(SET 1)
Tajuk : Aksi Istimewa
Potensi Diri : REBT
Masa : 1 jam
Objektif :
- 1. Peserta dapat bertolak ansur, tolong menolong dalam membuat sesuatu kerja
- 2. Peserta lebih yakin dalam perhubungannya dengan orang lain dalam menjalankan tugas
- 3. peserta akan menghayati apa yang dimaksudkan ”positive thinking, you are what you think you are”.
Peralatan : Tiada
Langkah-Langkah:
- Peserta-peserta telah dibahagi kepada 4 kumpulan, kumpulan-kumpulan ini akan bersaing antara satu sama lain.
- Kumpulan-kumpulan diminta duduk dalam bulatan
- Kumpulan diminta dalam masa lima saat melantik seorang ketua kumpulan dan berdiri, dituruti dengan setiausaha dan juru kira kumpulan. Jika lambat tindakan kumpulan akan didenda dengan memotong markah.
- Setiausaha diminta mengambil 4 helai kertas A4 dari fasilitator dan menyerah sehelai kertas tersebut kepada juru kira kumpulan.
- Seterusnya setiausaha dan juru kira diminta menulis nombor kumpulan disetiap helaian kertas A4 tersebut.
- Pertandingan kumpulan bermula, fasilitator memberi soalan kuiz dimana setiap kumpulan akan memperolehi markah berdasarkan seberapa banyak jawapan betul yang diberi yang perlu dijawab dalam masa 1 minit. Jawapan mesti ditulis oleh setiausaha kumpulan:
- Tuliskan nama bandar DiRaja negeri-negeri di Malaysia (100 markah – 1 betul )
- Tuliskan nama pasukan-pasukan dalam EPL musim 2010-2011 (200 markah )
- Tuliskan nama penuh, menteri besar dan ketua menteri, negeri-negeri di Malaysia. ( 300 markah )
- Fasilitator akan membaca kutipan markah yang diperolehi.
- Seterusnya dalam masa lima saat, hantar seorang peserta paling gemuk dalam kumpulan. Fasilitator akan menentukan markah yang perolehi untuk peserta paling gemuk. Seterusnya, peserta paling kurus, paling tinggi, paling rendah, peserta paling tampan, peserta paling cun, suara paling kuat dan aksi kokok ayam jantan paling best.
- Setelah semua markah diperolehi, pungutan markah akan diumum, fasilitator akan membuat rumusan kecil bagi menerangkan falsafah aktiviti berkaitan dengan Rational Emotive Behavioural Therapy.

